Kehidupan peribadi Fizz Fairuz

Fizz mendirikan rumah tangga bersama pelakon Almy Nadia pada 26 April 2014 dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Nur Afrina Arianna.[41][42] Majlis akad nikah berlangsung di Masjid Balik Pulau, Kampung Pondok Upeh.[43] Mereka dinikahkan dengan sekali lafaz oleh Pendaftar Kanan Perkahwinan, Penceraian dan Rujuk Negeri Pulau Pinang, Norzli Mat pada kira-kira jam 5 petang.[44]

Fizz juga mempunyai hobi bermain bola sepak. Ketika berusia 17 tahun pada tahun 1996, beliau pernah mengalami kecederaan di lutut semasa latihan bagi pemilihan pemain di Sukan Malaysia (SUKMA).[45]

Sekitar 2015, beliau dikaitkan dengan seorang pelakon baru, Fara Mendoza.[46] Bagaimanapun, Fizz menjelaskan beliau tidak mengenali atau pernah bertemu dengan Fara berhubung namanya dikaitkan dengan paparan skrin mesej perbualan menerusi laman sosial WeChat.[47][48]

Pada 7 April 2019, Fizz mengambil tindakan undang-undang terhadap beberapa individu yang mengaitkannya dengan isu khalwat di Pulau Perhentian, Terengganu. Beliau membuat laporan polis pada 16 April di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul berhubung akaun media sosial yang didakwa memfitnah beliau berkhalwat. Beliau mendakwa sudah mengenal pasti 70 peratus daripada identiti pemilik akaun Instagram yang mengaitkan dirinya dengan individu bergelar Datuk Seri yang ditangkap berkhalwat di Pulau Perhentian.[49][50][51]

Rujukan

WikiPedia: Fizz Fairuz http://www.astroawani.com/berita-hiburan/fizz-fair... http://www.imdb.com/name/nm3815067/ http://ohbulan.com/fizz-fairuz-kini-bergelar-datuk... http://www.ohbulan.com/lisa-surihani-atau-fizz-fai... http://rotikaya.com/video-3-teaser-trailer-pertama... http://www.bharian.com.my/sisipan/bintangpopular/S... http://ww1.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&d... http://ww1.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&d... http://www.kosmo.com.my/hiburan/fizz-fairuz-buat-l... http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&d...